Ular KISS aku!!!

Brown Vine Snake
ULAR KISS AKU!!!

Nie aku nak citer sikit la pasal mimpi aku.. ehehhe.. selain tu.. aku nak uji sejauh mana ingatan aku.. adakah aku dah mula hilang ingatan ke.. semakin tua ke.. ehehehhe

Mimpi nie ramai yang permainan tidur. Mungkin juga kot.. Tapi tak kurang judak yang punya tafsiran sendiri mengenai mimpi nie.. contohnya: kalau mimpi macam nie.. maksudnya gitu.. ada yang kata macam tu.. macam-macam ada tau.. mungkin ada kebetulannya kot..

Artikel yang aku rasa boleh kita kongsi bersama mengenai mimpi nie.. Aku dapat dari web wikipedia

“Mimpi waras adalah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas (“waras”) dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung. [1] Pengalaman lengkap dari mula hingga akhir dikenali sebagai mimpi waras. Stephen LaBerge, penulis buku dan pengkaji yang popular dalam bidang ini, telah mentakrifkannya sebagai “bermimpi ketika menyedari bahawa anda sedang bermimpi.” [2]

LaBerge dan rakan-rakannya menggelar mereka yang memeriksa dengan teliti segala kemungkinan mimpi waras sebagai oneironaut (perkataan Greek yang membawa maksud harfiah, “penjelajah mimpi”). Topik ini telah menarik perhatian berbagai-bagai kumpulan yang bersifat eklektik, termasuk kumpulan ahli psikologi, penulis karya usaha diri, kumpulan Zaman Baru, ahli mistik, ahli ilmu ghaib, dan seniman. Senarai ini bukan sahaja tidak menyeluruh, tetapi minat terhadap mimpi waras tidak semestinya dikaitkan dengan setiap kumpulan tersebut.

Pemimpi-pemimpi waras sering kali menggambarkan mimpi mereka sebagai menguja, berwarna-warni, dan aneh. Banyak orang membandingkannya dengan pengalaman rohaniah dan mengatakan bahawa mimpi-mimpi itu mengubahkan kehidupan atau pandangan mereka terhadap dunia. Sesetengah orang turut melaporkan bahawa mimpi waras mereka mengambil bentuk hiperrealiti yang kelihatan “lebih benar daripada yang sebenarnya”, dengan kesemua unsur kenyataan dipertingkatkan. Mimpi waras lebih senang diingati berbanding jenis mimpi yang lain, termasuk mimpi buruk dan mungkin oleh sebab ini, mimpi waras sering dipreskripsikan sebagai cara untuk menghilangkan mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan seseorang.

Sungguhpun pengetahuan yang jelas dan tekal sukar didapati daripada kebanyakan tafsiran mengenai pengalaman tersebut — terutamanya kerana sifatnya yang subjektif — kesahan mimpi waras sebagai satu fenomena yang dapat ditentusahkan secara saintifik kini telah mantap. Bidang mimpi waras mungkin boleh dikelaskan sebagai satu protosains yang menantikan pertambahan pengetahuan saintifik untuk bidang ini. Penyelidik-penyelidik, seperti Allan Hobson, dengan pendekatan neurofisiologi mereka untuk bidang mimpi, telah membantu mengganjakkan sempadan pemahaman mimpi waras ke alam yang kurang bersifat mengagak-agak.”

*****
Cerita aku & Mimpi

Kisah satu: Pasal ular

Bila aku imbas-imbas kembali.. Time dulu-dulu aku yang aku ingat, aku selalu mimpi ular.. ular besar, ular kecik, dalam air, di daratan.. ular itam.. ular coklat.. kadang sekor, kadang 3 ekor.. macam-macam ada. Eheheh…. Tapi yang paling dashyat sekali.. aku mimpi ular tu keluar dari satu gua tu.. banyak sekali. Anak2 ular semua kluar.. Ya Allah.. dalam mimpi tu.. ibu aku tolong potong kepala ular2 tu semua. Just imagine potong pala ular macam tebas rumput. Tapi tengok2 tu makin banyak pulak yang keluar dari lubang gua tu.. geli geliman aku.. ish.. dah la aku geli sangat dengan ular.. biar dah mati dan sekecil jari kelingking pun aku geli amat. Tak tau aku nak gambar bagaimana nak gambarkan.. Tapi binatang lain aku ok jer.. yang yang tak tahan.. pastu. Oleh kerana geli sangat. Aku lari masuk hutan.. panjat pokok la pulak dah.. eheheh.. rupa-rupanya kat pokok tu ada sekor ular besar. Bila aku paling muka.. Ya ALLAH.. ULAR!! Ular tu KISS aku.. Yak!!!.. kat bibir lak tu.. ish!! Kiss ular tu menyebabkan aku terjaga.. Bukan main lagi peluh membasahi dahi. Lepas tu aku dah tak boleh tido dah.. ngeri betul..

Tapi sekarang nie aku dah jarang nak mimpi ular. Alhamdullilah 

Kisah dua: Mimpi hantu

Mimpi ngeri aka mimpi hantu.. kadang tu ada gak.. yang aku ingat time aku kat kampong dulu.. aku dan family makcik aku p kebun.. bermalam di kebun. Kebun tu arwah atuk moyang aku punya. Family belah mak aku memang tak suka nak jual tanah. Coz sumber rezeki tu dapat daripada usaha berkebun, menoreh, bercucuk tanam. Jadi hari tu.. kitaorang p la bermalam kat kebun. Diorang ada buat pondok kat tengah kebun.. Tak jauh dari sungai. Makcik aku ada bagitau.. kubur atuk moyang aku tak jauh dari kawasan pondok tu. Boleh dikatakan.. kalau disimpan batu nisan kat sana boleh Nampak la di mana kubur tu. Jadi malam tu, aku nie dah letih tido la… BIla dah terlelap.. aku mimpi satu lembaga.. datang. Aku time tu kononnya ada pegang lampu suluh. Nak suluh sapa tu.. tapi lampu suluh tu kalau suluh kat lembaga tu tak berfungsi.. tapi bila suluh kat sekitar tu.. boleh pulak. Bila aku terjaga.. berpeluh-peluh juga. Aku nie penakut gak tau.. ehehe… Tapi sekrang nie aku dah jarang dah balik kampong.. Tapi kalau nak balik kampong pun aku tak nak dah tido kat kebun tu.

Kisah tiga: Mimpi orang meninggal..

Dulu-dulu aku selalu mimpi ibu bapa ku meninggal.. tapi baru-baru nie.. aku mimpi seseorang tu meninggal akibat terlibat dalam kemalangan. Remuk sehingga tak dikenali lagi rupanya. Jadi dalam mimpi tu aku nak bacakan yassin untuk orang tu. Dalm mimpi tu jugak aku rasa sedih sangat. Coz, kalau aku yang meninggal sapa nak baca Surah Yassin untuk aku… At least Al-fatihah… Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku masa tu. Sehinggakan satu hari keesokkannya mood aku tak berapa baik. Jadi esok harinya.. aku bacakan Surah Yasin. Lagipun dah lama rasanya aku tak baca Surah Yasin.. 2-3 bulan lalu aku selalu baca.. tapi disebabkan kesibukan dunia. Aku terlupa sebentar mengenainya.

Kisah empat:

Dari mula aku keja di syarikat nie.. aku selalu mimpikan staff yang ada dalam nie.. Dulu di tempat keja lama.. tak pernah aku termimpi mengenai staff yang ada dalam company tu.. Tapi yang nie lak.. aku termimpi staff tu terpotong leher la. Termimpikan myboss la.. staff macam nie la. Macam tu la.. mimpi kawasan pejabat dlu terbakar la..

Kisah lima: mimpi kanda aku..

Paling kerap aku termimpikan kanda aku.. Time dia balik kampong cuti.. Tapi paling aku tak lupa aku mimpi pasal dia balik dari cuti.. Dia belikan aku earings.. aku rasa pelik coz dia belikan aku earings. Bukan satu.. tapi more than 5 pairs. Banyak tu.. nie in reality life pun satu earing pun aku jarang nak pakai.. apalagi bila aku dah pakai tudung nie. Pastu, dalam kotak tu.. dia adak tulis something.. ‘hadiah nie lambang cinta dan kasih saying abang… “ ayat seterusnya aku tak boleh baca.. coz tak sempat.. pasal dia dan sorang staff tu datang.. staff lelaki tu try nak touch bahu aku. Tapi abang aku warn him not to do so.. betapa aku rasa sayang kat abang aku.. sampai dalam mimpi dia nak protect aku..  oh ya.. tadi aku pelik tadi napa dia tulis camtu coz.. reality life dia dan aku takda apa.. our relationship between brother and sister jer.. ehehhe

Alamak.. panjang lak aku berceloteh.. aku dah ngantok lak..
Tapi sebelum tu.. aku nak pesan-pesan jugak la…

Apa yang boleh kita buat before tido yang pernah aku buat ialah…

1.Baca pendinding [baca ayat kursi, 3 qul, sl-fatihah] tiup kat tangan, sapu dari kepala ke kaki. – nie abang aku selalu gak pesan nie..
2.Tak pun baca bismillah 21x.. insyallah memdapat perlindungan daripadaNya.
3.Berwuduk
4.Baca ayat kursi jer..

Semoga… kita dilindungi olehNya daripada gangguan syaitan, ilmu-ilmu hitam yang kita tidak ketahui…

K la.. selamat malam semua.. Assallammualaikum

6 responses to “Ular KISS aku!!!

  1. smlm aku mimpi bapak aku meninggal lah… iskkk takutnya….

    apa pendapat ko ???

  2. Assalamualaikum Mis3fa…
    nads mimpi malam tadi & terbangun betul2 waktu subuh & dlm keadaan terkejut. i mimpi ular2 bisa yg mati baaaanyak sgt, geli gila. saja lah google tafsir mimpi, terjumpa blog you nih… i leave a msg to say hi.

  3. eyh… wordpress nyer jam ni lambat ye? tak ikut GMT. skang dah 10/10/2008 pukul 7.11am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s