Anything About Deepavali~~

Abdullah Hadir Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC Sabah

KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa kira-kira sejam menghadiri Rumah Terbuka sempena sambutan Deepavali anjuran MIC Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas dekat sini, hari ini.Pada majlis itu, Abdullah turut dihiburkan pelbagai persembahan kebudayaan serta diberi penghormatan menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu.Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Sabah Datuk V. Jothi berkata kehadiran Abdullah ke majlis itu memberi semangat kepada anggota MIC dan masyarakat India di Sabah merayakan perayaan mereka dengan bangsa lain.

“Walaupun masyarakat India merupakan golongan minoriti di Sabah, tetapi telah memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Kejayaan menganjurkan majlis ini membuktikan bahawa MIC yang bertapak di Sabah sejak 14 tahun menerusi Barisan Nasional mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum serta parti komponen BN di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum berkunjung ke majlis, yang diadakan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Hari Deepavali diraikan penganut Hindu pada Khamis lepas.

— BERNAMA

Sumber:

http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/bm/news.php?id=295490&cat=sbm

SEJARAH DEEPAVALI: 

Untuk keterangan lebih lanjut rujuk dalam kat web di bawah:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s