Abang sayang aku~~~

Latar belakang

Abang aku tu, umur dia Cuma beza setahun dengan aku. Lahir di luar Negara. Mempunyai 4orang adik beradik. Dia berkerja sambil belajar. Hidung mancung2 gitu. Hasil daripada percampuran darah Melayu + Thailand + Arab. Berasal dari utara semenanjung (kira utara ke? Tak tau la pulak). Berkerja sebagai Engineer (bahagian binaan bangunan-ntah la betul ke tak aku punya andaian) sebelum ini. Datang ke sini 20hb April 07. Aku mula anta message kat dia 25hb April 2007. Tu pun cakap pasal tudung.

Karaktor.

Abang aku tu, bila tengok lama2. Hensem juga. Ala2 pakistan gitu. Tapi taktau la memula dia datang tu. aku tak pula nampak dia tu hensem ka apa. Cuma selepas aku rapat dengan dia, baru la aku perasan. Hensem juga. Rapat dengan dia pun, pasal dia tegur pasal amik wuduk. Kalau tak, mungkin sampai sekarang aku tak rapat dengan dia.

Abang aku tu, pada aku garang juga kalau masa dia tengah garang. Kalau masa nak bergurau memang bergurau sakan. Kalau serius memang serius betul. Aku jadi takut pun ada, risau pun ada bila tengok kalau dia dah jadi garang, serius pastu dengan muka tension. Aku pun ikut tension juga kekadang tu.

Abang aku nie, pada aku seorang yang sensitive. Sampai sekarang, dia kata aku nie tak reti nak jaga hati dia. Jangan tak jawap biar satu soalannya. Nanti kang ngamuk la dia. Dia tak suka di ketepikan. Hari tu dia kata, ada abang buat macam ada abang. Apa2 pun inform dia.

Abang aku nie, background family alim2 belaka.  Jadi dia selalu bagi nasihat pasal agama. Dia suka kalau aku tanya banyak pasal agama. Kalau ditanya tu, dia akan cari jawapan untuk soalan tu. Pada aku, apa saja nasihat dia aku boleh terima.  Walaupun bukan semua aku terbuat.

I wish that, I can have real brother yang macam tu. Brother yang begitu ambil berat pada adik2. Berkorban untuk adik2. Tapi nak buat cemana.. Dah takdiir camtu. Kena terima la

PS:

Apapun, aku memang sayang dia… Sayang seperti mana aku sayangkan keluarga aku.. Sayang seperti mana aku sayang diri aku (layak kah aku kata aku sayangkannya seperti sayangkan sendiri?)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s