Arkib Label: life

Hp lupa kat umah….

Hari nie aku cuti… yeh yeh aku cuti.. eheheh..

Aku p pasar minggu dengan adik2 dan ibu ayah.. Keadaan Hujan tidak menghalang aktiviti membeli belah apalagi di pasar minggu. Memang basah… ibu ada beli sepasang baju dan anak tudung.. Adik2 pulak ada beli selimut baru [sorang satu lak tu, termasuk aku sekali]. Beli sayur, buku agama untukku.

Aku rasa barang yang dibeli tak banyak.. tapi banyak juga duit yang telah ku pakai.. ish ish ish… nasib la aku jarang balik umah.. Untuk tambang sebulan pun agak banyak jugak tu. Baik aku simpan dalam ASB.. 2 bulan nie sejak tinggal kuarters ada jugak aku buat simpanan. Alhammdullilah..

***********

Abang aku pula hari nie.. dia p kat umah pengantin lelaki pula.. Aku tak pasti malam nie aku akan dapat ke tak sms dari dia. Ye la kan.. kalau dah letih sangat tu.. dia pasti akan terlelap. Tapi tak per.. aku faham..

*******

Tadi time ayah anta ke kuarters… kelam kabut punya pasal aku tertinggal hp la pulak dah.. aku rasa tak berapa selesa takda hp. Apalagi kalau tinggal sendiri. Nanti ada apa2 hal susah pula nanti. Apa2pun.. nanti adik aku akan hantar. Tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi…

Kenapa begini..

Malam tadi abang aku ada call. Aku pun dah lupa kitaorg sembang pasal apa. Tapi, yang aku tak suka tu dia kata aku tak ikhlas pakai sarung lengan tu. Pakai sarung lengan tu sekadar nak tunjuk. Ya Allah… time dia cakap tu.. aku ok lagi. Tapi dia nie asyik puji sorang pompuan non muslim tu yang juga pakai sarung lengan. Aku dah tak boleh tahan lagi.. Kalau dia nak nasihat please la jangan la nak tuduh orang macam tu…Jatuh air mata aku dengar dia cakap macam tu. Sepanjang malam tu aku tak boleh nak tido.. cemana la ending perbualan kami jadi macam tu.. dah la tu.. subuh esok harinya dia start cuti dah.. dia balik kampung..

Patutnya dia minta dikejutkan seawal jam4pagi. Tapi aku tak kejut.. aku tak tau la cemana. Biasanya.. marah aku bukan lama. Esok tu ok sudah.. Tengok-tengok 5am pagi tadi dia ada anta msg juga.. sejuk juga la hati sikit :)

Around 10am tadi, dia ada msg kata dia dah smpi airport kat Penang.. Alhamdullilah dah sampai rupanya…

Selamat bercuti kanda ku sayang…