Arkib Label: KEHIDUPAN

Check out my Slide Show!

I love panda very much

Ular KISS aku!!!

Brown Vine Snake
ULAR KISS AKU!!!

Nie aku nak citer sikit la pasal mimpi aku.. ehehhe.. selain tu.. aku nak uji sejauh mana ingatan aku.. adakah aku dah mula hilang ingatan ke.. semakin tua ke.. ehehehhe

Mimpi nie ramai yang permainan tidur. Mungkin juga kot.. Tapi tak kurang judak yang punya tafsiran sendiri mengenai mimpi nie.. contohnya: kalau mimpi macam nie.. maksudnya gitu.. ada yang kata macam tu.. macam-macam ada tau.. mungkin ada kebetulannya kot..

Artikel yang aku rasa boleh kita kongsi bersama mengenai mimpi nie.. Aku dapat dari web wikipedia

“Mimpi waras adalah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas (“waras”) dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung. [1] Pengalaman lengkap dari mula hingga akhir dikenali sebagai mimpi waras. Stephen LaBerge, penulis buku dan pengkaji yang popular dalam bidang ini, telah mentakrifkannya sebagai “bermimpi ketika menyedari bahawa anda sedang bermimpi.” [2]

LaBerge dan rakan-rakannya menggelar mereka yang memeriksa dengan teliti segala kemungkinan mimpi waras sebagai oneironaut (perkataan Greek yang membawa maksud harfiah, “penjelajah mimpi”). Topik ini telah menarik perhatian berbagai-bagai kumpulan yang bersifat eklektik, termasuk kumpulan ahli psikologi, penulis karya usaha diri, kumpulan Zaman Baru, ahli mistik, ahli ilmu ghaib, dan seniman. Senarai ini bukan sahaja tidak menyeluruh, tetapi minat terhadap mimpi waras tidak semestinya dikaitkan dengan setiap kumpulan tersebut.

Pemimpi-pemimpi waras sering kali menggambarkan mimpi mereka sebagai menguja, berwarna-warni, dan aneh. Banyak orang membandingkannya dengan pengalaman rohaniah dan mengatakan bahawa mimpi-mimpi itu mengubahkan kehidupan atau pandangan mereka terhadap dunia. Sesetengah orang turut melaporkan bahawa mimpi waras mereka mengambil bentuk hiperrealiti yang kelihatan “lebih benar daripada yang sebenarnya”, dengan kesemua unsur kenyataan dipertingkatkan. Mimpi waras lebih senang diingati berbanding jenis mimpi yang lain, termasuk mimpi buruk dan mungkin oleh sebab ini, mimpi waras sering dipreskripsikan sebagai cara untuk menghilangkan mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan seseorang.

Sungguhpun pengetahuan yang jelas dan tekal sukar didapati daripada kebanyakan tafsiran mengenai pengalaman tersebut — terutamanya kerana sifatnya yang subjektif — kesahan mimpi waras sebagai satu fenomena yang dapat ditentusahkan secara saintifik kini telah mantap. Bidang mimpi waras mungkin boleh dikelaskan sebagai satu protosains yang menantikan pertambahan pengetahuan saintifik untuk bidang ini. Penyelidik-penyelidik, seperti Allan Hobson, dengan pendekatan neurofisiologi mereka untuk bidang mimpi, telah membantu mengganjakkan sempadan pemahaman mimpi waras ke alam yang kurang bersifat mengagak-agak.”

*****
Cerita aku & Mimpi

Kisah satu: Pasal ular

Bila aku imbas-imbas kembali.. Time dulu-dulu aku yang aku ingat, aku selalu mimpi ular.. ular besar, ular kecik, dalam air, di daratan.. ular itam.. ular coklat.. kadang sekor, kadang 3 ekor.. macam-macam ada. Eheheh…. Tapi yang paling dashyat sekali.. aku mimpi ular tu keluar dari satu gua tu.. banyak sekali. Anak2 ular semua kluar.. Ya Allah.. dalam mimpi tu.. ibu aku tolong potong kepala ular2 tu semua. Just imagine potong pala ular macam tebas rumput. Tapi tengok2 tu makin banyak pulak yang keluar dari lubang gua tu.. geli geliman aku.. ish.. dah la aku geli sangat dengan ular.. biar dah mati dan sekecil jari kelingking pun aku geli amat. Tak tau aku nak gambar bagaimana nak gambarkan.. Tapi binatang lain aku ok jer.. yang yang tak tahan.. pastu. Oleh kerana geli sangat. Aku lari masuk hutan.. panjat pokok la pulak dah.. eheheh.. rupa-rupanya kat pokok tu ada sekor ular besar. Bila aku paling muka.. Ya ALLAH.. ULAR!! Ular tu KISS aku.. Yak!!!.. kat bibir lak tu.. ish!! Kiss ular tu menyebabkan aku terjaga.. Bukan main lagi peluh membasahi dahi. Lepas tu aku dah tak boleh tido dah.. ngeri betul..

Tapi sekarang nie aku dah jarang nak mimpi ular. Alhamdullilah 

Kisah dua: Mimpi hantu

Mimpi ngeri aka mimpi hantu.. kadang tu ada gak.. yang aku ingat time aku kat kampong dulu.. aku dan family makcik aku p kebun.. bermalam di kebun. Kebun tu arwah atuk moyang aku punya. Family belah mak aku memang tak suka nak jual tanah. Coz sumber rezeki tu dapat daripada usaha berkebun, menoreh, bercucuk tanam. Jadi hari tu.. kitaorang p la bermalam kat kebun. Diorang ada buat pondok kat tengah kebun.. Tak jauh dari sungai. Makcik aku ada bagitau.. kubur atuk moyang aku tak jauh dari kawasan pondok tu. Boleh dikatakan.. kalau disimpan batu nisan kat sana boleh Nampak la di mana kubur tu. Jadi malam tu, aku nie dah letih tido la… BIla dah terlelap.. aku mimpi satu lembaga.. datang. Aku time tu kononnya ada pegang lampu suluh. Nak suluh sapa tu.. tapi lampu suluh tu kalau suluh kat lembaga tu tak berfungsi.. tapi bila suluh kat sekitar tu.. boleh pulak. Bila aku terjaga.. berpeluh-peluh juga. Aku nie penakut gak tau.. ehehe… Tapi sekrang nie aku dah jarang dah balik kampong.. Tapi kalau nak balik kampong pun aku tak nak dah tido kat kebun tu.

Kisah tiga: Mimpi orang meninggal..

Dulu-dulu aku selalu mimpi ibu bapa ku meninggal.. tapi baru-baru nie.. aku mimpi seseorang tu meninggal akibat terlibat dalam kemalangan. Remuk sehingga tak dikenali lagi rupanya. Jadi dalam mimpi tu aku nak bacakan yassin untuk orang tu. Dalm mimpi tu jugak aku rasa sedih sangat. Coz, kalau aku yang meninggal sapa nak baca Surah Yassin untuk aku… At least Al-fatihah… Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku masa tu. Sehinggakan satu hari keesokkannya mood aku tak berapa baik. Jadi esok harinya.. aku bacakan Surah Yasin. Lagipun dah lama rasanya aku tak baca Surah Yasin.. 2-3 bulan lalu aku selalu baca.. tapi disebabkan kesibukan dunia. Aku terlupa sebentar mengenainya.

Kisah empat:

Dari mula aku keja di syarikat nie.. aku selalu mimpikan staff yang ada dalam nie.. Dulu di tempat keja lama.. tak pernah aku termimpi mengenai staff yang ada dalam company tu.. Tapi yang nie lak.. aku termimpi staff tu terpotong leher la. Termimpikan myboss la.. staff macam nie la. Macam tu la.. mimpi kawasan pejabat dlu terbakar la..

Kisah lima: mimpi kanda aku..

Paling kerap aku termimpikan kanda aku.. Time dia balik kampong cuti.. Tapi paling aku tak lupa aku mimpi pasal dia balik dari cuti.. Dia belikan aku earings.. aku rasa pelik coz dia belikan aku earings. Bukan satu.. tapi more than 5 pairs. Banyak tu.. nie in reality life pun satu earing pun aku jarang nak pakai.. apalagi bila aku dah pakai tudung nie. Pastu, dalam kotak tu.. dia adak tulis something.. ‘hadiah nie lambang cinta dan kasih saying abang… “ ayat seterusnya aku tak boleh baca.. coz tak sempat.. pasal dia dan sorang staff tu datang.. staff lelaki tu try nak touch bahu aku. Tapi abang aku warn him not to do so.. betapa aku rasa sayang kat abang aku.. sampai dalam mimpi dia nak protect aku..  oh ya.. tadi aku pelik tadi napa dia tulis camtu coz.. reality life dia dan aku takda apa.. our relationship between brother and sister jer.. ehehhe

Alamak.. panjang lak aku berceloteh.. aku dah ngantok lak..
Tapi sebelum tu.. aku nak pesan-pesan jugak la…

Apa yang boleh kita buat before tido yang pernah aku buat ialah…

1.Baca pendinding [baca ayat kursi, 3 qul, sl-fatihah] tiup kat tangan, sapu dari kepala ke kaki. – nie abang aku selalu gak pesan nie..
2.Tak pun baca bismillah 21x.. insyallah memdapat perlindungan daripadaNya.
3.Berwuduk
4.Baca ayat kursi jer..

Semoga… kita dilindungi olehNya daripada gangguan syaitan, ilmu-ilmu hitam yang kita tidak ketahui…

K la.. selamat malam semua.. Assallammualaikum

Hambar betul aku rasa…

Semalam aku cuti… sepupu aku tunang.. Tunang dia tu.. aku nyer x-bf time sekolah. Ish.. rasa lain lak aku nak pegi.. Tapi akhirnya aku pegi jugak la. Congratulation ya..

***

Semalam juga, kat sini ada meeting staff. General meeting.. meeting for all. But aku cuti la pulak. Petang tu aku ada message kat abang aku. Before 6 pm & after 6pm. Tapi no reply. Dia tgh busy dalam meeting kot..

Lepas solat mahgrib. Aku makan sat… basuh baju.. mop lantai.. bila dah penat tu. aku baring kejap.. Tgk2 aku terlelap la pulak. rupanya abang aku ada message jam 8 lebih gitu. Aku sedar 11pm lebih dah. At the same time.. abang aku ada call. Tanya dah solat ke belum. Aku bagitau belum lagi. Memang suara dia macam nak marah dah. ehehe.. Dia suh p solat dulu.. Jadi aku pun bangkit dari katil.. amik wuduk dan solat.

Susah betul aku nak lelap balik tau. Sampai jam 2 am lebih pun aku belum terjaga lagi.. Ish..

****

Kelihatan ada seorang lelaki [ macam aku rapat sgt dengan lelaki tu], dan 2 orang perempuan.. diaorang nie nak pegi ke satu majlis. Mereka bertolak dulu.. setelah beberapa lama pemergian diorang.. DAtang pula perkhabaran yang diorang nie terlibat dalam kemalangan. Aku bergegas ke tempat kejadian. Kelihatan kereta yang di naiki kat driver sit. Hancur remuk. lelaki itu pun tak di kenali kerana hancur akibat kemalangan tersebut. Aku rasa sedih yang teramat. Aku menangis semahu-mahunya.. Aku baca yasin untuk arwah..

Tiba-tiba kedengaran alarm hp aku berbunyi.. rupanya aku bermimpi.. Ya allah.. kenapa aku mimpi sedemikian rupa.. sampai sekarang hati aku tak happy. abang aku bergurau pun.. payah betul aku nak senyum.

Happy tapi ~~~

Abang aku datang hari nie.. flight dari Penang 9.45am pagi tadi. Aku nak ikut gak p airport jemput abang aku.. Tapi for sure my bos tak bagi.. huk huk huk..

****
Malam tadi aku message dengan abang aku. Aku gembira dia datang… cuma aku lagi rela kalau dia tak datang kalau dia tak happy.

Seperti yang aku jangka.. dia memang tak gembira.. Dia kata tak cukup lagi cuti.. aku pun tak tau nak komen apa dah.

Kenapa TerjaDi beginI??

Semua orang sibuk dengan hal diaorang.. ada yang keluar, meeting. Aku pun sibuk dengan hal aku jugak.. tapi aku memang boring giler..

Image 01 Continue reading

TenSiON GiLeR…

Something nice to share...

Aku tension giler hari nie.. tak kluar makan tengahari.. hadap screen pc nie jer.. naik migrain aku.. ish..

*****

Abang aku esok baru dia balik.. tapi bukan balik sini.. tapi balik kampung. Mungkin dia dah ‘pos’ barang2 dia kot.. jadi esok dia bertolak nak balik kampung.. busy betul dia sampai tadak masa nak msg..

KU TAK TAHU…+

hari hari ku di kuarters.. makin lama semakin boring.. bahan bacaan sudah berkali2 ku baca… baju pun semua sudah di “iron”.. mungkin malam nie nak basuh baju lagi kot.. baju sudah basuh pun basuh lagi.. ish ish ish… tahap gaban dah aku punya boring nie… Aku rindu nak solat.. seminggu nie aku cuti solat.

Abang aku pula.. sejak cuti makin busy la pula dia.. malam tadi dia message jam satu sudah baru balik.. malam sebelumnya jam 12tghmlm.. mungkin malam nie jam 2am kot.

Apa pun aku kena balik jugak… bye semua.. assallammualaikum..

Didik anak 40 thn sebelum kelahirannya

Aku dapat artikel nie dari Didiklah Anak 40 Tahun Sebelum Kelahirannya. Sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang sesuatu….. Artikel menarik untuk di kongsi bersama..

**************
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “mengandung kot?” Dia kata tak ada. Continue reading

Perjalanan yang jauh…

Pagi nie.. abang aku p KL. Drive agak jauh jugak tu..
Ni baru jer sampai tadi..
Mungkin dia sempat kot jumpa awek dia..
Apa2pun, alhamdullilah dia sampai KL dengan selamat..
Tapi kan.. aku rasa macam semacam jer hari ni tau..
Aku dah rindu sangat kot kat abang aku..
Dari tengahari aku tak makan..
Hingga sekarang tak terasa lapar..
Bukan tak lapar.. tapi tak selera nak jamah makanan…

Hp lupa kat umah….

Hari nie aku cuti… yeh yeh aku cuti.. eheheh..

Aku p pasar minggu dengan adik2 dan ibu ayah.. Keadaan Hujan tidak menghalang aktiviti membeli belah apalagi di pasar minggu. Memang basah… ibu ada beli sepasang baju dan anak tudung.. Adik2 pulak ada beli selimut baru [sorang satu lak tu, termasuk aku sekali]. Beli sayur, buku agama untukku.

Aku rasa barang yang dibeli tak banyak.. tapi banyak juga duit yang telah ku pakai.. ish ish ish… nasib la aku jarang balik umah.. Untuk tambang sebulan pun agak banyak jugak tu. Baik aku simpan dalam ASB.. 2 bulan nie sejak tinggal kuarters ada jugak aku buat simpanan. Alhammdullilah..

***********

Abang aku pula hari nie.. dia p kat umah pengantin lelaki pula.. Aku tak pasti malam nie aku akan dapat ke tak sms dari dia. Ye la kan.. kalau dah letih sangat tu.. dia pasti akan terlelap. Tapi tak per.. aku faham..

*******

Tadi time ayah anta ke kuarters… kelam kabut punya pasal aku tertinggal hp la pulak dah.. aku rasa tak berapa selesa takda hp. Apalagi kalau tinggal sendiri. Nanti ada apa2 hal susah pula nanti. Apa2pun.. nanti adik aku akan hantar. Tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi…