Cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah di dalam solatnya, Baginda akan memberhentikan bacaan pada setiap akhir ayat.
Begitulah yang dilakukan oleh Baginda sehingga sempurna membaca al-Fatihah. Ini adalah kerana setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah ini ALLAH menjawab balik. Disini di sertakan maksud ayat al-Fatihah dan jawapan dari ALLAH kepada setiap ayat yang dibaca.
Alhamdullilahhirabbilalamin…..
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..
Arrahmanirahim…..
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU
Malikiyaumiddin…..
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..
Iyyakanakbuduwaiyakanastain…..
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.
Ihdinossiratolmustakin…..
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..
Siratollazinaanamtaalaihim,
rairilmardubialaihimwalloddollilin….
Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.
Insyallah semuga kita dapat menambahkan rasa khusyuk dlm solat kita.
Kategori: AGAMA
Tagged: Agama, Al-fatihah, Khusyuk, Solat
Mac 20, 2007 · 1 Komen
Rahsia Khusyuk Dalam Solat
Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :
1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.
2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.
Meskipun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.
Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :
“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”
Kategori: AGAMA
Tagged: Agama, amalan, Khusyuk, Solat